Sebenarnya ada 2 kaedah yang biasa untuk mem bina shopping cart anda sendiri. Cara pertama adalah kaedah lama iaitu dengan membeli domain, beli hosting dan kemudian memasang (install) sendiri shopping cart anda. Cara ini anda hanya perlu keluarkan kos tahunan sahaja iaitu membayar domain dan hosting sahaja. Dan selalunya dalam lingkungan paling murah RM150 setahun. Itu sahaja kosnya. Memang murah TETAPI anda bertanggungjawab terhadap sistem shopping cart anda 100%. Jika ada kerosakan sistem (error), apakah anda tahu cara menanganinya? Dan selalunya fungsinya pula out of date.
Zaman eCommerce sekarang, peniaga lebih cenderung untuk bina shopping cart kedai online mereka menggunakan penyedia servis web eCommerce yang berbayar secara bulanan atau tahunan. Sudah tentu anda sebagai bakal peniaga tidak perlu mengambil tahu tentang sistem atau kerosakkan sistem shopping cart itu sendiri. Ianya tanggungjawab pihak penyedia servis. Anda bayar servis mereka dan anda pakai sahaja sistem kedai online mereka. Lepas daftar, terus upload produk anda. Mudah kerja anda.
Cara Mudah Bina Shopping Cart Kedai Online
Jadi apabila anda bertanya tentang bagaimana untuk bina shopping cart sendiri. Cadangan saya, anda pakai sahaja sistem shopping cart yang berbayar seperti ini untuk memudahkan anda. Anda seorang peniaga online. Sudah tentu mahu fokus kepada perniagaan anda. Jadi, guna sahaja servis membina kedai online eCommerce seperti cadangan saya ini. Di Malaysia ada banyak penyedia web membina shopping cart sendiri cara mudah ini. Saya akan perkenalkan kepada anda 4 penyedia servis tersebut seperti di bawah ini iaitu;
- Shopify – Sistes shopping cart dari luar negara yang sangat popular dan sudah bertapak di Malaysia
- SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
- EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes. Saya sendiri menggunakan pakej bina shopping cart dari EasyStore.
- KedaiOnlinez – Salah satu website e-commerce yang ditulis dalam bahasa Malaysia
Dari 4 pakej bina shopping cart yang saya perkenalkan kepada anda. Saya sendiri berpengalaman menggunakan pakej eCommerce dari Easystore. Ianya murah, mempunyai fungsi yang terkini, mempunyai theme kedai online yang cantik dan mudah digunakan. Terpulang anda mahu gunakan sistem kedai online yang mana. Dari pengalaman saya sendiri, saya berpuas hati dengan Easystore yang saya gunakan kini. Semuanya ada. Selamat mencuba.
The post Bagaimana Bina Shopping Cart Sendiri appeared first on eCommerce Malaysia.