Beli barangan runcit online – Sebenarnya saya sudah lama teringin melihat program atau servis penghantaran barangan di Malaysia bergerak setapak ke hadapan dengan menggunakan internet. Menggunakan kaedah eCommerce akan membantu memudahkan kerja dan mempertingkatkan produktiviti samada pembekal penjual dan juga kepada pembeli. Alangkah bagus jika ada servis menghantar barangan runcit dapur yang anda beli secara online terus ke rumah anda dalam 1 jam. Berminat?
Berita terkini, pihak Happyfresh iaitu “online grocery delivery service” iaitu pihak yang menjalankan servis perkhidmatan menghantar barangan keperluan dapur telahpun berkerjasama dengan Tesco Malaysia dan telah menguji sistem servis mereka selama 6 bulan. Dan secara amnya ianya berjaya dijalankan. Dan buat permulaan, servis yang mereka tawarkan itu hanya untuk kawasan Lembah Klang Selangor sahaja.

beli barangan runcit secara online
Aplikasi HappyFresh Untuk Beli Barangan Runcit Tesco Dengan Cepat
Bagaimana untuk beli barangan runcit dari Tesco dan dihantar terus ke rumah anda. Apakah perbezaan jika anda beli barang dapur rumah melalui Tesco Online berbanding melalui HappyFresh? Sangat berbeza. Jika anda berbelanja melalui website Tesco Online, ianya sama seperti anda membeli di website lain lain. Anda perlu menunggu barangan yang anda beli itu dalam beberapa hari atau seminggu. Ini adalah masa penghantaran biasa jika membeli melalui website eCommerce.
Beli Barangan Dapur Melalui HappyFresh
- HappyFresh Malaysia buat masa ini menyokong Tesco Malaysia
- Perlu memasang aplikasi android/iOS HappyFresh di smartphone anda
- Sila pastikan aplikasi gps di ON kan untuk memastikan kawasan anda dalam kawasan penghantaran HappyFresh
- Kos penghantaran dikenakan serendah RM8 atau lebih
- Masa penghantaran barangn runcit dapur akan dibuat dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam
- Anda boleh pilih masa dan haripenghantaran
- Boleh memberikan note penghantaran
- Boleh bayar secara online terus atau secara cash semasa penghantaran
Jika anda beli barangan runcit melalui HappyFresh, mereka boleh terus menghantar barangan tersebut dalam masa 1 jam paling cepat. Proses membeli adalah melalui smartphone. Anda perlu memasang aplikasi dan membeli barang Tesco melalui aplikasi HappyFresh. Saya sudah mencuba aplikasi tersebut, pada pandangan saya, sistem pembelian order melalui apps tersebut sangat memudahkan dan menyenangkan. Secara peribadi saya lebih suka sekiranya perkhidmatan sebegini dipercepat dan diperluaskan ke kawasan yang lain pula.
>>> Install HappyFresh Android Apps Here – [ Click Here ] <<<
The post Beli Barangan Runcit Dapur Online Untuk Lembah Klang appeared first on eCommerce Malaysia.