Laman web e dagang popular – Salam kepada pembaca. Anda biasa membeli belah secara online? Berapa banyakkah website merchant eCommerce yang anda suka online shopping yang anda ketahui? Atau anda hanya tahu Lazada Malaysia sahaja? Jika anda suka membeli belah secara online, amat rugilah kalau anda hanya tahu sedikit sahaja laman web online shopping. Lagi banyak anda tahu sebenarnya lagi banyak pilihan yang anda ada. Dan anda akan menjadi pembeli yang lebih bijak dalam berbelanja. Iaitu dalam soal mendapatkan harga yang lebih kompetitif.
Di dalam artikel pada kali ini, saya mahu berkongsikan dengan anda akan beberapa laman web e dagang eCommerce yang popular di kalangan pembeli online samada dari dalam negeri dan luar negara. Saya sendiri sudah berpengalaman beli belah secara online untuk barangan dalam Malaysia dan juga luar negara seperti dari China dan juga Amerika Syarikat (US). Dan pengalaman saya shopping online setakat ini adalah baik.
Laman Web E Dagang eCommerce Malaysia Dan Luar Negara
Saya akan berkongsi dengan anda akan senarai laman web e dagang yang popular mengikut dalam negara dan luar negara. Jadi ianya akan memudahkan anda. Di bawah ini adalah beberapa website online merchant yang popular dikalangan pembeli (online buyer) iaitu;
Laman web e dagang popular Malaysia
- Lazada Malaysia – website online merchant yang menjual pelbagai perkara dan paling popular di Malaysia
- Zalora Malaysia – website online merchant khas fesyen trendy yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, jam, aksesori dan pelbagai lagi yang mementingkan gaya dan jenama
- EzBuy Malaysia – Kalau anda mahu beli barang dari China denga harga murah tetapi tidak pandai, takut atau tidak yakin membeli di website luar negara, maka website ini perlu anda lawati
- FashionValet – Bila sebutkan pakaian dan fesyen muslimah yang trendy dan terkini, ini adalah website yang perlu anda lawati
- Tudung2U – Anda sebenarnya tidak perlu tercari cari website yang sesuai menjual tudung hijab shawl yang menarik, cantik, trendy dan terkini di tempat lain. Website ini sahaja sudah mencukupi.
Laman web e dagang popular luar negara
- Alibaba – website merchant retailer eCommerce terbesar dan paling popular dari China. Anda boleh beli barang murah dari China tetapi perlu secara pukal
- Aliexpress – website eCommerce kedua popular selepas Alibaba. Saya sudah beberapa kali membeli barang murah melalui website ini.
- Taobao – Kalau sebut mahu beli atau borong barang secara murah dari China, inilah website yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda, kalau anda membeli di EzBuy, anda sebenarnya sedang beli barang di Taobao atau TMall
- Amazon – Kalau beli barang diluar negara, website Amazon adalah yang paling popular sekali. Saya sendiri pernah buat duit dengan mempromosikan barang dari Amazon ini. Terbaik
- EBay – Selepas Amazon, eBay adalah website online shopping yang popular selepas Amazon. Saya pernah membeli barang di website ini. Sangat mudah.
Sepanjang saya berblogging dan terlibat dalam dunia eCommerce, hanya inilah dia laman laman web e dagang yang paling dilawati dan dipercayai oleh pembeli. Sebenarnya ada banyak lagi website yang lain, cuma ini yang paling popular sekali. Apa apa pun saya ucapkan selamat membeli belah secara online. Bye
The post Senarai Laman Web E Dagang Popular Yang Perlu Anda Tahu appeared first on eCommerce Malaysia.