Sebelum ini suka untuk saya berkongsikan dengan pembaca tentang pakej eCommerce shopping cart yang ada di Malaysia dan pakej yang pernah saya langgan. Saya hanya berkongsi tentang bagaimana saya bina web shopping cart dengan mudah. Tetapi saya jarang untuk berkongsikan tentang apakah kelebihan setiap dari pakej online store yang ditawarkan. Dan pada kali ini izinkan saya untuk berkongsi lebih jelas tentang kenapa anda memerlukan eCommerce shopping cart yang mempunyai kelebihan sistem 3 in 1 iaitu 3 dalam 1. Rasanya anda kena ambil peduli tentang ini kalau anda serius dengan online business.
Di Malaysia ada sangat banyak pakej eCommerce shopping cart yang ditawarkan. Ada pakej yang mahal dan ada yang murah. Saya pula memilih pakej bina online store cart yang menawarkan harga yang lebih murah tetapi tetap mempunyai pakej 3 in 1. Apakah pakej 3 in 1 ini? Ianya adalah tentang anda boleh bina kedai eCommerce melalui pakej yang ditawarkan, anda boleh bina kedai online di Facebook Store/Facebook Shop dan anda juga boleh bina kedai online anda dengan mudah di website merchant popular seperti eBay, Amazon, Lazada, Lelong dan sebagainya. Menarik bukan?
Kelebihan Subscribe eCommerce Shopping Cart 3 In 1
Pertama sekali anda mempunyai 1 kedai eCommerce shopping cart yang anda langgan itu. Kemudian anda boleh membina dengan mudah produk anda di kedai online anda terus ke Facebook Shop. Kini anda sudah mempunyai 2 online store. Dan kemudian melalui kedai online anda itu juga anda boleh export produk anda terus ke web merchant seperti 11street dengan mudah. Kalau itu berjaya anda lakukan. Maka dengan produk yang sama, anda sudah berjaya mempunyai 3 online store sekaligus. Inilah yang disebut sebagai 3 in 1.
3 Website eCommerce Cart 3 in 1 Terbaik Malaysia
- Shopify – Sistem website eCommerce dari luar negara yang sangat POPULAR dan telah membuka perkhidmatannya di Malaysia
- SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
- EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes iaitu website hosting yang ternama di Malaysia

Bina kedai online di Facebook mudah melalui web shopping cart Easystore
Dari senarai eCommerce shopping cart yang saya kongsikan dengan anda di atas ini. Saya memilih pakej dari Easystore. Ianya juga menawarkan kelebihan 3 in 1 yang saya sebutkan tadi. Anda mungkin akan berkata, lebih baik anda bina sendiri satu persatu. Ya boleh. Tetapi apa yang anda lakukan itu secara manual. Dengan melanggan eCommerce shopping cart, anda dengan mudah akan dapat selaraskan (synchronise) semua produk anda hanya dari satu kedai utama sahaja. Ianya boleh diupdate dan dilakukan secara automatik. Ini akan memudahkan dan menjimatkan masa anda. Tidak perlu membuang masa lagi. Mari langgan dan daftar mana mana pakej eCommerce shopping cart 3 in 1 yang anda suka. Sekian.
The post Pakej eCommerce Shopping Cart 3 In 1 appeared first on eCommerce Malaysia.