Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Promosi Carian Hotel Dan Penerbangan Tanpa Cas Tersembunyi

$
0
0

Sempena hujung tahun dan mendekati musim cuti sekolah, saya pasti ramai family yang bercadang untuk bercuti. Ada yang mahu bercuti dalam negeri dan ada yang mahu bercuti ke luar negara. Walau apa pun destinasinya, pencarian hotel dan juga tiket penerbangan kapal terbang adalah dua industri yang paling sibuk menguruskan perlancongan. Dan kini, boleh dikatakan ramai yang menggunakan carian di internet untuk menempah hotel dan juga tiket penerbangan. Soalan pertama, apakah bagus untuk booking hotel dan tiket penerbangan secara online?

Jawapannya sudah tentu BAGUS. Sebab apa? Sebelum saya lebih jauh bercerita, lebih baik saya bertanya anda satu soalan. Andai kata anda sekeluarga mahu bercuti ke Langkawi dan anda berada di Johor Bahru. Adakah anda mahu terbang terus ke Langkawi dari Johor dan apabila sampai ke Langkawi anda baru hendak mencari motel/hotel atau homestay? Musim cuti sekolah. Orang ramai ke Langkawi. Anda yakin boleh dapat tempat tinggal/rehat di kawasan yang anda mahukan? Anda yakin boleh dapat harga murah yang lebih kompetitif?

Tempah tiket kapal terbang dan booking bilik hotel mudah secara online

Tempah tiket kapal terbang dan booking bilik hotel mudah secara online

Cara Mudah Dan Selamat Untuk Beli Tiket Kapal Terbang Dan Booking Bilik Hotel

Sebab itulah booking hotel dan penerbangan melalui internet lebih baik kerana anda merancang awal, tidak bersusah payah malah MURAH. Kenapa murah? Tahukah anda, website carian hotel atau carian tiket kapal terbang selalunya adalah website carian yang membuat perbandingan. Kalau anda mencari tiket kapal terbang misalnya. Hasil carian akan memaparkan harga tiket dari syarikat penerbangan yang berbeza seperti Mas, Air Asia, Firefly, Malindo dan sebagainya. Untuk destinasi yang sama tetapi harga yang berbeza. Lebih baik membeli tiket yang murah betul?

Senarai Website eCommerce Perlancongan

  • Agoda – Website carian perbandingan hotel paling popular
  • Hotels – Website carian perbandingan hotel paling popular selepas Agoda
  • Trivago – Website carian perbandingan hotel paling popular terkini
  • Airbnb – Website carian bilik untuk di sewa seluruh dunia
  • Bus Online Ticket – Website carian tiket bas express, ferry dan juga keretapi
  • EasyBook – Website carian tiket bas express, ferry dan juga keretapi
  • Airpaz – Website carian perbandingan tiket kapal terbang penerbangan
  • Traveloka – Website carian perbandingan hotel dan tiket kapal terbang sekaligus
Cari bilik hotel murah dengan Agoda

Cari bilik hotel murah dengan Agoda

Di artikel ini saya mahu perkenalkan anda dengan beberapa website carian hotel dan tiket kapal terbang buat anda. Anda boleh klik dan lawat mana mana website berkenaan dan mencuba sendiri servis mereka. Jika berkenan, anda boleh terus membuat bayaran untuk tempah bilik hotel, bilik, homestay, ferry, tiket kapal terbang dan sebagainya berdasarkan ke mana arah destinasi perlancongan anda. Nasihat saya, sila rancang lebih awal sebelum tarikh bergerak ke destinasi. Selamat mencuba.

The post Promosi Carian Hotel Dan Penerbangan Tanpa Cas Tersembunyi appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles