Salam kepada pembaca. Anda sedang mencari cari pakej online store yang sesuai dan murah? Semalam saya sendiri telah membeli dan melanggan pakej eCommerce website EasyStore. Kenapa saya memilih Easystore? Ini kerana ianya dari Malaysia, mempunyai theme yang cantik, mempunyai plugin apps yang banyak, mempunyai eCommerce multi-channel dan sudah tentu bayaran langganan bulananya murah iaitu serendah RM39 sahaja. Pakej paling mahal dari Easystore pun hanya RM69 sahaja. Sebab itu saya memilih Easystore.
Proses untuk melanggan, membeli dan membayar untuk pakej eCommerce website EasyStore yang berharga RM39 sangat mudah. Saya tahu anda pembaca pasti tercari cari info tentang bagaimanakah untuk membuat bayaran pembelian eCommerce website betul? Setelah saya mencubanya semalam. Ianya sangat mudah. Paling kurang anda mempunyai pengalaman menggunakan kad debit/kad kredit atau paypal untuk membeli belah secara online. Proses bayaran adalah lebih kurang sama sahaja.
Cara Buat Bayaran Untuk Pembelian eCommerce Website EasyStore
Tetapi sebelum itu, suka untuk saya ingatkan anda. Yang pakej eCommerce website EasyStore yang anda langgan adalah pakej shopping cart kedai online sahaja. Dan anda perlu menggunakan domain percuma yang menggunakan extension “easystore” sendiri. Adalah lebih cantik jika anda serius menjalankan bisnes online, saya lebih menyarankan anda menggunakan domain sendiri iaitu domain yang berbayar. Harga domain berbayar dengan extension .com adalah RM100 setahun.
Jika anda membeli eCommerce website EasyStore, dan anda juga membeli domain melalui Easystore, ini bermakna anda perlu membayar RM39 untuk bulanan (pakej kedai online), dan RM60 untuk tahunan (bayaran belian domain). Saya harap anda jelas berkenaan hal ini. Mudah cerita, bayaran pertama kali anda habis RM39 + RM60 = RM99. Dan bayaran bulanan seterusnya hanya RM39 sahaja.
Ringkasan Proses Langgan Pakej eCommerce website EasyStore
- Pergi ke website Easystore di sini – [ Click Here ]
- Klik sign up dahulu untuk register
- Selepas itu sila ke homepage semula dan klik pada “Pricing” menu di atas
- Pilih pakej yang anda mahukan samada RM39 “Go Basic” atau RM69 “Go Plus”
- Kemudian masukkan nama, email dan maklumat kad debit/kad kredit untuk bayaran
- Kemudian klik pada “purchase” untuk membuat bayaran
- Siap
Ketika ini, anda mungkin akan di minta memasukkan nama kedai anda. Dan ketika ini juga nama kedai anda adalah percuma. Untuk cara cara membeli domain easystore, anda boleh baca melalui link yang saya berikan itu. Dan setelah siap semuanya. Saya mencuba theme kedai, adik saya upload produk dropship yang beliau jual dan hasilnya, kedai eCommerce milik saya dan adik nampaknya telah menjadi kedai online yang sangat cantik. Jujur cakap saya sangat berpuas hati dengan eCommerce website dari pakej EasyStore ini. Anda mahu melihat kedai online yang saya buat menggunakan Easystore? Mari lawat website saya di sini – [ Sales Murah Malaysia ].
The post Cara Beli Dan Melanggan Pakej eCommerce Website EasyStore appeared first on eCommerce Malaysia.