Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Smartphone Huawei Mate 9 Malaysia

$
0
0

Apabila mengatakan tentang smartphone yang cantik, Samsung dan iPhone adalah pilihan kebanyakkan pengguna. Dan tahun 2016 ini adalah tahun yang buruk buat Samsung. Ianya adalah kerana masalah bateri terbakar yang berlaku kepada Samsung Galaxy Note 7. Masalah tetap berlaku walaupun sudah dikeluarkan Note 7 yang baharu. Akhir sekali Samsung mengambil keputusan menghentikan jualan Galaxy Note 7. Jadi apakah pilihan bagi pengguna yang dirasakan berbaloi untuk mendapatkan spesifikasi yang menarik adalah Samsung Galaxy S7 edge, iPhone 7 dan juga Huawei Mate 9.

Sebenarnya saya sendiri sudah perasan yang android smartphone keluaran Huawei nampak menarik, cantik, mempunyai spesifikasi tinggi dan juga mempunyai kelas yang tersendiri. Ternyata ini adalah benar dengan kehadiran keluaran terbaru dari Huawei iaitu Huawei Mate 9. Saya baru baca artikel terbaru mengenai statistik pegangan pasaran berdasarkan jenama. Tempat pertama adalah Samsung, kedua adalah Apple dan ketiga adalah Huawei. Dan dalam masa 2 tahun ini, pihak Huawei mahu menjadi jenama kedua terbesar memintas Apple. Jadi anda boleh agak yang smartphone Huawei ini adalah jenama yang bagus. Setuju?

Buy Huawei Mate 9 Malaysia Online

Buy Huawei Mate 9 Malaysia Online

Review Huawei Mate 9 Malaysia

Jadi apakah spesifikasi smartphone Huawei Mate 9 ini? Mempunyai pemproses CPU dari Hisilicon Kirin 960, GPU jenis Mali-G71 MP8, skrin bersaiz 5.9 inci, mempunyai RAM setinggi 4GB, internal storage sebanyak 64 GB dan boleh ditambah sehingga 256G untuk external storage, kamera belakang sistem dwi-kamera 12+ 20MP, kamera hadapan 8MP dan kapasiti bateri setinggi 4000mAH. Kelebihan lain adalah mempunyai fingerprint dan juga kamera sangat berkualiti dengan teknologi dari Leica optics. Kalau anda mencari sebuah smartphone “high-end” selain Samsung atau Apple, rasanya anda tidak rugi jika mendapatkan Huawei Mate 9 ini.

Berapakah harganya? Mengikut kiraan kasar, harga Huawei Mate 9 yang dijual di Malaysia bakal sekitar RM3239 (akan diupdate nanti). Kepada anda yang mungkin bertanya samada smartphone buatan dari China berkualiti atau tidak, jawapan saya anda jangan bimbang akan masalah tersebut. Anda boleh baca tulisan saya berkenaan ini di sini iaitu tentang smartphone murah dari China. Yang membuat smartphone adalah syarikat dari China. Tetapi hardware peralatan dalaman boleh dikatakan semuanya dari pengeluar yang ternama. Cuma bila anda beli Huawei Mate 9, anda boleh dapatkan smartphone dari kategori spesifikasi tinggi tetapi lebih sedikit murah dari pesaing yang lain seperti Samsung dan juga Apple. Klik link di bawah jika mahu beli smartphone ini melalui internet. Selamat ber-smartphone.


>>> Beli Huawei Mate 9 Online Di Lazada – [ Click Here ]<<<

>>> Beli Huawei Mate 9 Online Di Geekbuying – [ Click Here ]<<<

The post Beli Smartphone Huawei Mate 9 Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles