Sejak akhir akhir ini saya memang mengikuti rapat akan perkembangan smartphone dari jenama Xiaomi. Ini kerana saya adalah pemilik kepada Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia yang saya beli pada bulan 3 tahun 2016. Dan sejak memakainya sehingga sekarang saya sangat berpuas hati. Sebelum kita bercerita lanjut ada baiknya saya berkongsi sedikit fakta ringkas berkenaan xiaomi supaya anda tidak terkeliru. Smartphone Xiaomi telah mengeluarkan 2 jenis smartphone di bawah jenama mereka mengikut kategori iaitu Xiaomi MI bagi kategori tinggi dan Xiaomi Redmi bagi spesifikasi sederhana. Dan kedua dua versi ini ada mengeluarkan versi “Note” untuk bersaing dengan “Samsung Note”. Harap anda jelas ya.
Saya pemilik kepada smartphone Xiaomi Redmi Note 3. Dan pada bulan November 2016, pihak Xiaomi akan memperkenalkan smartphone baru kategori sederhana mereka iaitu Xiaomi Redmi 4 (bukan versi Note 4). Seperti jenama Samsung, versi Note biasanya mempunyai saiz skrin yang lebih besar. Dan itu sama dalam kes Xiaomi ini. Saiz skrin bagi Xiaomi Redmi Note 3 saya mempunyai saiz skrin sebesar 5.5 inci tetapi untuk Xiaomi Redmi 4 adalah bersaiz 5 inci. Harap jelas jelas dalam perbezaan kategori ini.
Review Xiaomi Redmi 4 Vs Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia
Spesifikasi awal berkenaan Xiaomi Redmi 4 adalah seperti ini iaitu 5.5 inci skrin, CPU snapdragon 625 (Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53), GPU dari Adreno 506, storage boleh di up sehingga 256GB, 32GB internal storage, RAM sebanyak 3GB, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 5MP, mempunyai fingerprint sensor dan kapasiti bateri sebanyak 4000mAH. Untuk pengetahuan anda, CPU Xiaomi Redmi Note 3 adalah SD 650. Tetapi CPU Xiaomi Redmi 4 adalah dari SD 625. Jangan silap dengan angka. CPU 625 adalah paling terkini dan teknologi terbaru. Kalau Xiaomi Redmi Note 3 sudah bagus, maka sudah tentu Xiaomi Redmi 4 lebih bagus lagi.
Saya buat sedikit kajian ringkas. CPU SD 650 pada Xiaomi Redmi Note 3 adalah dari teknologi 28nm sedangkan CPU SD 625 yang dipasang pada smartphone Xiaomi Redmi 4 adalah dari teknologi 18nm. Ukuran “nm” yang kecil menunjukkan pemprosesan terbaru, terkini, lebih laju dan dalam masa yang sama lebih jimat bateri. Sekarang kita kembali kepada topik tajuk kita iaitu adalah berbaloi untuk anda beli Xiaomi Redmi 4 ini? Jawapannya berbaloi. Anda mahu beli smartphone ini secara online? klik sahaja link di bawah ini untuk mendapatkan Xiaomi Redmi 4 Malaysia. Selamat ber-smartphone.
>>> Beli Smartphone Xiaomi Online Di Lazada – [ Click Here ]<<<
>>> Beli Smartphone Xiaomi Online Di Geekbuying – [ Click Here ]<<<
The post Patutkah Anda Beli Smartphone Xiaomi Redmi 4 Malaysia? appeared first on eCommerce Malaysia.