Semalam rakan saya terfikir hendak menyewakan sahaja lot kedai beliau itu kepada isterinya. Dan dicadangkan kepada isterinya agar menjalankan bisnes khidmat katering dan juga gubahan hantaran perkahwinan kerana beliau tahu yang isterinya pandai dalam hal tersebut. Apabila ditanya tentang idea idea bisnes yang boleh dijalankan di lot kecil kedai tersebut, saya teringat akan makcik saya sendiri yang menjalankan bisnes menjual tudung shawl secara offline mahupun online. Dan harga yang dijual pula adalah murah dan tidak begitu mahal. Idea menjual tudung nampaknya kurang praktikal dengan keluasan kedai lot rakan saya itu.
Akan tetapi makcik saya yang mempunyai butik yang keluasannya agak baik, berjaya menjalankan bisnes tersebut. Apa yang mahu saya sampaikan kepada anda ini? Bisnes menjual tudung shawl sebenarnya sangat laris dan mendapat permintaan tinggi. Namun menjual melalui butik menyebabkan ianya agak terbatas dan sangat bergantung kepada kawasan. Kerana pembeli adalah dari kalangan penduduk setempat dan individu yang pernah singgah ke kedai butik beliau sahaja. Jadi bagaimana dengan pembeli tudung shawl yang berminat ingin membeli tetapi jauh? Mahu tidak mahu kena juga menjual secara online.
Jom Beli Tudung Shawl Online Murah Di WebStore Tudung
Atas sebab masalah ini dan keperluan menjual secara online untuk pasaran yang lebih besar. Maka lebih ramai peniaga mengambil peluang berniaga secara online. Hasilnya produk dijual kepada pelanggan yang lebih ramai dan lebih banyak produk boleh dipromosikan secara mudah melalui internet. Dan di artikel ini saya mahu berkongsikan dengan anda akan web eCommerce terbaik yang menjual tudung shawl online murah. Anda mahu? Lawat perkongsian kedai online tudung di bawah ini;
Tudung2U – Lubuk website menjual tudung terbesar di Malaysia dengan koleksi tudung dan shawl yang sangat menarik pada harga yang berpatutan
SimpleHijab – Website yang menjual tudung shawl yang simple tetapi berkualiti dengan harga sangat murah malah banyak tudung berharga bawah RM50 ada dijual
Rasanya dua website ini sahaja sudah cukup untuk saya kongsikan dengan anda akan tudung shawl online murah yang boleh anda dapatkan. Banyak tudung dan shawl yang cantik cantik yang boleh anda lihat. Dan saya pasti anda sebagai wanita akan berpuas hati dengan rekaan, design, warna, pilihan, corak, kualiti dan juga harga yang ditawarkan. Jom beli tudung shawl anda sekarang juga melalui internet. Bye
The post Website Untuk Beli Tudung Shawl Online Murah appeared first on eCommerce Malaysia.