Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Senarai eCommerce Website Malaysia Popular

$
0
0

Untuk pengetahuan anda, dunia sekarang ke arah digital. Dan trend beli belah iaitu online shopping akan semakin meningkat dan memberikan pendapatan kepada negara. Semakin ramai yang akan membeli di internet. Dan semakin ramai peniaga bisnes online akan wujud. Peniaga yang sudah mempunyai kedai pun akan membuka kedai maya mereka iaitu eCommerce website Malaysia untuk bersaing dan tidak mahu ketinggalan dalam arus perubahan global yang pasti akan terjadi. Siapa ketinggalan akan rugi terutamanya peniaga.

Cabaran semakin sengit. Bukan peniaga yang ada duit sahaja yang boleh buat duit dan berniaga. Zaman eCommerce website ini, orang boleh berniaga dan buat duit dengan modal ZERO sahaja. Dan semua ini telahpun berlaku dengan adanya program affiliate dan juga dropship. Pemilik bisnes kalau hendak barang produk mereka terjual lebih laku, mereka kena kongsikan bisnes mereka kepada orang lain untuk dipromosikan. Keuntungan di bahagi kepada kedua dua belah pihak mengkut persetujuan awal.

List senarai eCommerce website Malaysia terkini dan terbaik

List senarai eCommerce website Malaysia terkini dan terbaik

eCommerce Website Malaysia

Saya tahu anda pasti kenal dengan eCommerce website Malaysia seperti Lazada bukan? Sekejap sahaja masuk ke Malaysia, popular dan kini menjadi salah satu kedai online store yang diminati ramai. Ramai orang membeli belah secara online di Lazada. Dan Malaysia setiap tahun pun akan menganjurkan jualan mega online dan hasil jualan selama 1 minggu atau 1 bulan sangat memberangsangkan. Ini membuktikan rakyat Malaysia sudah ramai yang pandai buat duit dan membeli belah melalui internet. Ini membuktikan peluang buat duit secara online terbuka luas dalam eCommerce website Malaysia.

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda akan 10 eCommerce website Malaysia yang popular untuk anda ketahui, lawat, survey dan beli kalau berminat

  • Lazada – eCommerce website Malaysia paling popular
  • Zalora – eCommerce website Malaysia kedua popular selepas Lazada 
  • Reebonz – website yang menjual barangan mahal dan berjenama
  • EzBuy – website yang menjual barang dari China iaitu dari Taobao
  • FashionValet – website yang menjual pelbagai pakaian fesyen wanita terkini
  • Tudung2U – website yang menjual pelbagai fesyen tudung terkini
  • PopLook – website yang menjual pakaian muslimah dengan fesyen terkini
  • Hermo – website yang menjual produk kosmetik dari Korea, Japan dan Taiwan
  • PhotoBook – website yang menawarkan khidmat membuat photobook (album gambar) menarik
  • BabyDash – website yang menjual kesemua produk berkaitan bayi (baby) dan kanak kanak

Saya harap anda sukakan ke semua eCommerce website Malaysia yang saya tunjukkan kepada anda. Setiap website ecommerce ada fokus produk yang mereka tawarkan. Dan setiap kali ada event jual beli mega secara online, pasti akan ada diskaun yang menarik yang mereka tawarkan kepada pembeli. Dan kita harap pengalaman anda membeli secara online adalah positif dan ini penting untuk peningkatan bisnes di internet dan memberikan lebih peluang jana pendapatan secara online kepada semua orang dan meningkatkan ekonomi negara. Selamat ber-online shopping.

The post Senarai eCommerce Website Malaysia Popular appeared first on eCommerce Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles