Kurma Yusuf Taiyoob – Lagi beberapa hari lagi nak dekat bulan puasa. Tarikh bulan puasa 2013 pun kita sudah dapat tahu tetapi masih lagi kuasa menentukan jatuhnya hari bulan ramadhan yang sebenar dipihak berwajib. Tidak sabar rasanya ingin menanti kedatangan bulan yang mulia didalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadhan. Satu bulan yang diberikan keuntungan untuk orang Islam iaitu Muslim untuk melipat gandakan amalan berbanding bulan bulan yang lain.
Satu bulan khas yang didalamnya terdapat hari yang sangat dinantikan iaitu Lailatul Qadar bagi yang menanti dan mencarinya. Semoga puasa dan ibadah kita untuk tahun ini lebih baik lagi berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Aku sendiri merasakan yang azam tahun baru sepatutnya lebih baik dimulakan pada bulan Ramadhan berbanding tahun baru. Yer lah, bila agama kita baik dan elok maka elok jugalah kehidupan kita. Tak gitu?

Yusuf Taiyoob Dates – image credit to http://yuta.com/
Yusuf Taiyoob Dates
Bila datang sahaja bulan puasa, antara yang manjadi kewajiban kebanyakkan orang Islam adalah mendapatkan buah kurma untuk dimakan semasa bulan puasa. Ada yang suka dan ada juga yang kurang menyukai kurma. Akan tetapi aku pasti ramai yang sukakannya. Aku sendiri menyukainya.
Kempen pengiklanan dari Yusuf Taiyoob sangat berjaya bagi aku malah menjadi sebati didalam minta kita orang Islam. Manakan tidak, teringat kurma pasti teringat iklan TV “Yussufffffff Taiyooobbbb”, hehehe. Dan bila teringat nak beli kurma pasti teringat nak dapatkan kurma didalam kotak yang berjenama Yusuf Taiyoob.
Kurma Yusuf Taiyoob
Ada banyak jenis sebenarnya kurma ini. Ada yang berwarna hitam, coklat dan juga merah. Dan ada yang isinya manis, lembut, keras, kasar dan lain lain lagi. Kenapa aku memilih kurma keluaran Yusuf Taiyoob kerana bagi aku yang biji kurmanya agak tahan lama, berkualiti, segar dan juga sedap. Cumanya dengan kualiti yang didapatkan itu kita terpaksalah sedikit untuk membayar dengan harga yang sedikit mahal tetapi berbaloi.
Khasiat Buah Kurma
Memang sudah menjadi tabiat aku untuk bersahur atau membuka puasa dengan kurma ini. Seperti yang kita tahu kurma itu sendiri mempunyai mineral dan vitamin yang sangat banyak dan sangat baik yang sangat diperlukan oleh tubuh kita lagi lagi didalam bulan puasa ini.
Sifat kurma yang berisi tepu dan pekat memang menjadi pilihan ketika bulan puasa. Mana tidaknya, dengan sifat begini membolehkan kurma lambat untuk dihadam oleh perut dan dengan kata lain berada didalam perut untuk tempoh yang lama. Kenapa baik? Sebab sifat sebegini akan menyebabkan kita kurang atau tidak cepat untuk berasa lapar. Itu sebab didalam bulan puasa ianya menjadi makanan sampingan utama yang perlu diambil hari hari. Lagi pula bukankah ianya amalan sunnah memakan kurma. Sihat dapat, pahala pun dapat. Jom dapatkan Yusuf Taiyoob Dates untuk bulan puasa ramadhan tahun ini! Assalamualaikum…
Jom Flashback dan Ingat Balik Iklan Buah Kurma dari Yusuf Taiyoob
.