Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Penjelasan Mengenai Kadar Panggilan OneXOX

$
0
0

Salam kepada pembaca. Kepada anda yang berminat dengan simkad jimat seperti onexox ini pasti pertama kali akan mengalami keadaan di mana kurang faham atau tidak jelas atau keliru dengan kadar panggilan onexox. Itulah apa yang berlaku kepada saya. Tetapi anda jangan risau, saya akan cuba memberikan penerangan kepada anda supaya selepas ini anda tidak lagi terkeliru dan boleh pula menjelaskan kepada prospek yang lain.

Dalam pelan bisnes onexox, kadar panggilan onexox akan ditentukan berdasarkan sama rangkaian, lain rangkaian dan juga 10 nombor rakan keluarga. Dan jumlah kredit yang anda topup juga akan membuatkan kredit anda terbahagi kepada 2 bahagian. Lagi tinggi anda melakukan tambah nilai simkad onexox anda, lagi tinggi penjimatan yang anda bakal dapat.

gambar pelan kadar panggilan onexox

gambar pelan kadar panggilan onexox

Penerangan Kadar Panggilan OneXOX

Sila lihat gambar di atas. Apabila anda topup simkad anda, kredit anda akan dibahagi kepada 2 iaitu masuk ke AKAUN DEDIKASI dan juga AKAUN UTAMA. Sila lihat jadual di atas. Apabila anda membuat tambah nilai RM5. Sebanyak RM2 akan masuk ke Akaun Dedikasi dan RM3 akan masuk ke Akaun Utama. Anda boleh lihat yang jadual memaparkan contoh reload RM5, RM10, RM30 dan RM50 bukan?

Cuba lihat apa yang berlaku jika anda tambah nilai RM50 sekaligus? Kredit panggilan anda akan masuk ke Akaun Dedikasi 100% dan tidak di pecahkan masuk ke Akaun Utama. Untuk pengetahuan anda, apabila anda membuat panggilan atau sms. Kredit dari Akaun Dedikasi yang akan digunakan dahulu. Dan jika habis kredit di Akaun Dedikasi, barulah kredit di Akaun Utama di gunakan pula.

Cuba anda lihat kadar panggilan onexox yang dikenakan di bawah Akaun Dedikasi berbanding Akaun Utama? 

Akaun Dedikasi

  • Sama Rangkaian – 30 saat pertama 7 sen, 30 saat berikutnya 8 sen = 15 sen seminit
  • Lain Rangkaian – 30 saat pertama 9 sen, 30 saat berikutnya 9 sen = 18 sen seminit

Akaun Utama

  • Sama Rangkaian – 30 saat pertama 12 sen, 30 saat berikutnya 12 sen = 24 sen seminit
  • Lain Rangkaian – 30 saat pertama 12 sen, 30 saat berikutnya 12 sen = 24 sen seminit

10 Nombor Rakan/Family – 30 saat pertama 6 sen, 30 saat berikutnya 6 sen = 12 sen seminit ke semua rangkaian.

Seperti yang saya katakan tadi. Kredit dari Akaun Dedikasi akan digunakan dahulu. Dan jika habis baru akan gunakan kredit dari Akaun Utama. Kalau anda lihat, kadar panggilan onexox dari Akaun Dedikasi lebih jimat berbanding kadar panggilan onexox dari Akaun Utama. Jadi apa yang anda nampak dan apa yang perlu anda buat?

Sebenarnya pihak OneXOX mahu memberikan anda lebih banyak penjimatan jika anda melakukan tambah nilai RM50 ke atas sekaligus. Jika anda reload simkad onexox anda terus RM50, kredit RM50 akan terus di masukkan ke Akaun Dedikasi. Jadi kadar panggilan anda tidak terpisah dan anda boleh terus mendapat kadar panggilan onexox yang menjimatkan. Namun begitu jangan risau. Anda boleh sahaja topup dengan kredit yang sedikit. Ini kerana kalau anda topup sedikit dan kredit anda terpecah masuk ke Akaun Utama. Setiap pembelian pelan data internet akan menggunakan kredit dari Akaun Utama dahulu. Jadi ianya tidak ada masalah juga sebenarnya. Harap anda sudah faham.


Hubungi saya melalui maklumat di bawah ini

OneXoX Facebook – https://www.facebook.com/mysimkadonexox

Whatapps017-4836797 (mesej only)

The post Penjelasan Mengenai Kadar Panggilan OneXOX appeared first on Wafy Mobile Dan OneXOX.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles