Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Tawaran Menulis Artikel Perlancongan Malaysia di TouristMalaysia.com

$
0
0

Assalamualaikum. Selamat Malam semua. Harap korang semua sihat sihat sahaja. Pertama kali aku ingin mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada pelawat dan juga blogger yang sudi hadir dan juga sanggup untuk menurunkan komen didalam blog ini. Sehingga kesaat ini aku sangat bersyukur kerana blog ini tidaklah terlalu sepi dan tidaklah terlalu meriah akan tetapi setiap pembaca yang singgah kesini memang aku berterima kasih sangat sangat. Terbaiklah korang. Tanpa korang siapalah blog ini dimata pembaca dan tanpa komen apalah nak jadi dengan blog ini, hehehhe.

Ok kita berbalik kepada tajuk kita iaitu aku sedang mencari pembaca blog, orang awam, blogger atau siapa sahaja yang sudi untuk menjadi penulis di blog baru aku iaitu “touristmalaysia.com”. Aku harap sangat akan ada yang sudi untuk turut serta untuk menjadi penulis jemputan ataupun penulis sementara ataupun hanya ingin menyumbang artikel diblog baru aku tersebut. Ianya sebuah blog berdomainkan “perlancongan” yang sangat sangat kurang mempunyai saingan di Malaysia kita ini.

Langkawi Beach

Langkawi Beach – image credit to http://mytravelphotos.net/

Kenapa aku galakkan kepada yang berminat untuk join? Sebab utama adalah, mengikut bancian terkini, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia setiap tahunnya adalah tinggi dan nilai komersial yang membawa kepada pendapatan negara setiap tahunnya meningkat dan memberangsangkan. Dengan terbitnya artikel artikel berkenaan perlancongan yang terdapat di Malaysia ini dibawah satu jenama “Tourist Malaysia”, ianya memungkinkan blog ini untuk menerima limpahan trafik yang pelbagai samada dari Luar Negara mahupun dari Malaysia sendiri.

Kepada yang berminat untuk turut serta, setiap artikel yang korang hasilkan nanti, dibawah setiap artikel akan terdapat nama penulis artikel tersebut serta korang boleh meletakkan backlink korang kepada blog masing masing. Aku rasa ini pun sudah cukup dan salah satu cara untuk membina backlink dari artikel berkenaan perlancongan malaysia kepada blog masing masing.

Untuk maklumat lebih lanjut serta ingin membuat tawaran atau apa apa sahaja boleh menghubungi aku diruangan “contact me” dibahagian header blog ini. Insyaallah aku akan merespon secepat yang mungkin. Aku berharap website ”touristmalaysia.com” ini bakal menjadi satu pusat maklumat tentang tempat menarik dan juga perlancongan yang terdapat di Malaysia. Best tau kalau “western” atau para perlancong tempatan tercari cari maklumat perlancongan dan mereka singgah di website ini dan membaca pengalaman serta review korang berkenaan satu satu tempat menarik di Malaysia. Jom join ”touristmalaysia.com”… :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles