Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Panduan Untuk Membuka Perniagaan Bisnes Cyber Cafe

$
0
0

Perniagaan Cyber Cafe – Untuk permulaan, disini aku jelaskan yang aku bukan akan menceritakan secara lengkap akan panduan membuka cyber cafe ini tetapi hanyalah sebuah artikel yang menceritakan akan pengalaman kecil aku didalam membuka bisnes cyber cafe ini dan untuk pengetahuan pembaca aku telah pun berjaya membuka cyber cafe siap sepenuhnya dan insyaallah cyber cafe tersebut akan beroperasi secara penuh 100% bermula minggu depan.

Sebenarnya sudah lama sangat aku ingin membuka cyber cafe ini. Kalau diikutkan aku sepatutnya membuka kedai cyber cafe ini sejak 2 tahun lepas. Tetapi apakan daya, aku hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Masa hendak membuka kedai ini, aku didalam dilemma kerana masa itu juga aku sedang membuat keputusan untuk membeli rumah. Jadi target aku untuk membeli rumah diutamakan sebab untuk membeli rumah lebih penting dari membuka kedai ini. Sebab apa? korang sendiri faham kan bagaimana proses membeli rumah ni. Kalau ada peluang lebih baik cepat dari lewat didalam membeli rumah lagi lagi urusan membeli rumah semakin tahun semakin rumit.

Bisnes Cyber Cafe

Bisnes Cyber Cafe

Antara Rumah dan Perniagaan Cyber Cafe

Alhamdulillah rumah telah berjaya didapatkan dan tentulah banyak wang habis untuk membayar “downpayment” serta kos guaman. Duit telah habis, maka peruntukkan untuk kedai cyber cafe terpaksa ditunda. Aku ingin membuka kedai ditaman ibu bapaku tetapi persaingan mula tinggi apabila telah terdapat 3 kedai cyber cafe telah dibuka dan belum termasuk aku lagi. Ini menjadikan bisnes cyber cafe ditaman rumah ibubapa ku kurang releven untuk direalisasikan walaupun mempunyai duit.

Aku mula survey kedai di tempat aku membeli rumah baru. Nampaknya untuk membuka disana juga mempunyai risiko yang tinggi. Maklumlah aku bukan hendak membuka kedai cyber cafe dengan besar tetapi hanya sederhana dan risiko tinggi tersebut adalah kos sewa kedai sahaja adalah RM1200 minimum sebulan. Dengan kos sewa kedai yang tinggi dan belum lagi membayar upah perkerja membantutkan cita cita aku. Aku membiarkan sahaja keinginan tersebut hingga sampai pada masa yang tepat dan sesuai untuk membuka kedai.

Dan tahun ini, ntah kenapa aku membuat carian diinternet untuk mencari kepada yang berminat untuk join venture melalui pelbagai saluran samada melalui medan facebook, twitter, blogger dan juga forum. Yep, aku telah berjaya dan kebetulan ada seseorang yang ingin mencari partner untuk membuka bisnes cyber cafe ini. Aku teruja dan bersemangat kembali. Aku memberikan no telefon dan membuat temu janji untuk urusan selanjutnya.

Panduan dan Kos Bagi Memulakan Bisnes Cyber Cafe

Ok pengenalan dan mukaddimah telah selesai. Jom kita pergi kepada bab yang penting tentang kos kos dan apa yang perlu disediakan bagi memulakan perniagaan cyber cafe ini.

Bagi memudahkan pandangan dan melihat keperluan asas didalam membuka kedai internet ini. Kita bolehlah klasifikasikan kepada 4 perkara yang paling penting yang perlu dilihat dahulu iaitu:

1. Kos Kedai – sewa, wiring, meja kerusi & pekerja

2. Kos Komputer – Bilangan komputer, monitor, cpu & graphic card (games)

3. Lesen – lesen perniagaan, lesen cyber cafe, lesen entertainment, lesen windows

4. Misc – kipas, aircond, CD games, games server, billing, modem router, hub

Keempat empat diatas adalah element utama didalam melihat kos kos yang perlu disediakan jika ingin memulakan perniagaan cyber cafe. Aku tidak mahu mengulas lanjut tentang nilai sebenar kos kos diatas tetapi cukuplah beberapa perkara seperti kos total untuk modem router dan hub adalah RM500. Ingat! modem yang digunakan dirumah tidak sama untuk yang dipakai untuk cyber cafe, ianya berlainan. Dan lesen cyber cafe adalah RM200 bagi setiap komputer. Jika anda ada 10 biji komputer maka lesen cyber cafe bernilai RM2000 itu belum masuk lagi dengan lesen windows yang berharga hampir RM300 untuk sebuah komputer jika ingin memakai windows 7.

Tujuan sebenar aku ingin membuka bisnes cyber cafe ini bukanlah kerana duit tetapi kerana minat. Inilah pertama kali aku belajar dan tahu bagaimana bisnes itu dibuka. Aku ingin belajar terlibat didalam bisnes tidak kisahlah apa pun janji ada pengalaman didalam membuka kedai. Itu sahaja. Duit pula datang selepas minat itu tercapai. Mungkin aku akan cuba pula belajar buka bisnes yang lain, mana tahu kan. Aku pun memang ada minat didalam membuka kedai makanan. Dan perniagaan cyber cafe ini menjadi langkah pertama aku didalam mengenal apa itu bisnes dan belajar kenal akan kos kos yang perlu aku hadapi nanti buat diri ini dan orang lain. Korang ada bisnes sendiri dan apakah pandangan korang terhadap Perniagaan Cyber Cafe ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles